Blog khas yang menceritakan segala perjalanan serta persiapan untuk misi khas 2012 nanti.Segala pahit manis perjalanan misi khas 2012 akan di coretkan disini. hanya perempuan biasa-biasa bersama lelaki biasa-biasa tapi perjalanan yang luar biasa..mungkin..

Monday, July 4, 2011

Persedian sebelum bertunang

Apa yang anda perlu tahu sebelum anda membuat keputusan untuk bertunang?

Banyak perkara anda perlu pastikan sebelum menetapkan tarikh majlis pertunangan anda. Majlis pertunanangan merupakan majlis yang selalunya dibuat secara sederhana dengan menjemput sanak saudara yang terdekat serta rakan- rakan sekerja anda. Walaupun dibuat secara sederhana, tapi anda perlu pastikan ianya berjalan dengan sempurna

Terdapat pelbagai perkara yang boleh berlaku ketika majlis pertunangan. Jadi anda perlu ambil kira beberapa perkara seperti di bawah sebelum membuat keputusan mengenai tarikh majlis pertunangan anda.

1. Mendapat persetujuan kedua-dua keluarga 
Pastikan majlis pertunangan yang akan diadakan telah pun mendapat persetujuan dari kedua-dua belah keluarga. Tarikh dan tempat perlu disetujui oleh keluarga masing-masing supaya lebih mudah untuk merancang perkara yang lain dengan mudah.

2. Pemilihan tarikh dan masa yang bersesuaian
Anda perlu mengambil kira tempat, jarak dan masa tetamu yang anda jemput di majlis pertunangan anda terutamanya dari keluarga tunang anda. Kebiasaannya, hari Sabtu dan Ahad menjadi pilihan, namun ia bergantung kepada keluarga anda.

3. Membuat Perbincangan ringkas sebelum majlis pertunangan
Seelok-eloknya, pastikan keluarga anda telah pun berbincang mengenai pertunangan yang akan diadakan, seperti berapa banyak hantaran, wang hantaran yang dipersetujui, tarikh perkahwinan dan tempoh pertunangan yang dipersetujui, dan perkara-perkara yang lain yang perlu dibincangkan. Keadaan ini boleh mengelakkan kekeliruan disamping meringkaskan majlis daripada perbincangan yang panjang dan lama.

4. Tema majlis pertunangan anda
Pilihlah tema warna yang sesuai dan terkini mengikut citarasa anda. Tak semestinya hiasan warna tema perlu sama dari hiasan bilik, mini pelamin, barang hantaran serta baju bertunang, tapi jika disesuaikan bersama, ianya pasti nampak lebih meriah dan cantik. Jika anda tidak memilih tema yang tertentu, pastikan nampak keserasian dari segi pemilihan warna , biarlah semuanya nampak serasi dan ceria.Pilihlah juga warna yang sesuai dengan kulit anda serta warna persekitaran yang lain sepert warna cat rumah dan bilik anda.

4. Bajet Pertunangan
Walaupun majlis pertunangan merupakan majlis yang sederhana, tapi jika tidak dirancang dengan betul, pembaziran boleh berlaku. Rancang dengan teliti berdasarkan bajet anda. Buat penilaian dan cuba bandingkan harga setiap perkhidmatan dan barang yang ingin dibeli. Jika anda mempunyai bajet yang besar, pastikan ia disalurkan kepada perkara yang penting seperti cincin, make up (mak andam), baju pertunangan, perhiasan bilik, barang hantaran dan jurugambar. Anda juga boleh berjimat jika anda pandai membuat perhiasan sendiri terutama barang hantaran serta hiasan biik. Barang hantaran tak semestinya mahal, yang penting hiasan dan kreativiti anda.

5. Perkhidmatan Andaman
Mak andam atau jurusolek memainkan peranan yang penting untuk penampilan anda pada hari pertunangan itu nanti. Selalunya mereka menyediakan pakej termasuk perhiasan pelamin, bilik dan baju pertunangan. Carilah seorang mak andam setelah anda melihat contoh hasil kerja mereka. Pastinya anda ingin kelihatan ayu pada majlis pertunangan anda nanti.

6. Jurugambar pertunangan/ Video
Lantiklah seorang jurugambar untuk majlis pertunangan anda, kerana setelah selesai majlis itu nanti, yang ada hanyalah kenangan dari gambar yang diambil pada hari tersebut. Selalunya jurugambar ada menyediakan pakej pertunangan yang boleh anda pilih. Terdapat ramai jurugambar yang boleh anda pilih, jadi pastikan pilihan anda mengikut bajet, kualiti serta kreativiti jurugambar tersebut. Harga yang ditawarkan berbeza mengikut beberapa faktor terutamanya dari segi pemilihan album.

Jika anda telah pun merancang perkara-perkara seperti di atas, majlis anda pasti akan berjalan dengan lebih sempurna. Pastikan juga, jika anda menempah perkhidmatan dari pihak lain seperti barang hantaran, jurusolek, katering, dan jurugambar, anda menghubungi mereka sehari sebelum majlis pertunangan anda untuk mengingatkan mereka tentang majlis anda. Ini untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Anda juga boleh membuat pilihan sama ada untuk membuat sendiri atau pun menempah keperluan diatas dengan pihak lain. Ini bergantung kepada bajet anda. Pastikan ianya tidah melebihi bajet yang anda sediakan. Selalunya terdapat pakej pertunangan yang menyediakan perkhidmatan- perkhidmatan diatas. Buatlah pilihan yang bijak berdasarkan bajet anda.




*entri ni di baca dari http://d-lollipop.blogspot.com..*

No comments:

Post a Comment