Blog khas yang menceritakan segala perjalanan serta persiapan untuk misi khas 2012 nanti.Segala pahit manis perjalanan misi khas 2012 akan di coretkan disini. hanya perempuan biasa-biasa bersama lelaki biasa-biasa tapi perjalanan yang luar biasa..mungkin..

Sunday, July 3, 2011

Hari minggu yang lepas

Minggu lepas aku sibuk sikit.Ibu dah mula nak buat persiapan raya dan sikit-sikit persiapan untuk majlis aku nanti.Kata ibu nak survey-survey harga barang-barang contohnya kain masa majlis dan untuk hantaran nanti.
So destinasi pertama aku ke Jakel,aku ni memang peminat no1 Jakel..mata pun dah naik rambang..segala macam jenis warna and jenis kain ada kat Jakel ni,kalau boleh semuanya aku nak..heeee..Di Jakel sekarang ni tengah buat promosi,beli kain untuk buat baju pengantin perampuan free kain untuk baju melayu serta samping.Aku dah mula berkira-kira tentang harga,tapi kata ibu nanti dulu nanti pergi lagi sekali dengan maklong sebab maklong boleh dapat murah kalau beli kain di Jakel.Maklong aku ni wedding planner so maybe wedding planner yang ada dapat special price kalau nak beli kain.Harap nya dapat la beli kain yang aku dah berkenan.

Lepas ke Jakel,tengok pula di Dvios(kalau tak silap aku la..lupa pulak).Dvios ada kain yang aku suka juga..Cantik-cantik..promoter tue siap nak bagi aku try la kain-kain aku berkenan tu..heee..tapi Dvios tak ada promotion macam kat Jakel..Harga pun jauh berbeza dengan Jakel..Apa-apa pun kene tunggu maklong la nampaknya sebab dia lagi pakar kan..Nanti di majlis pertunangan aku nak pakai simple je,tapi kata ibu biarkah putih..ok,itu sebenarnya permintaan ibu..ok ibu i will wear it!.Ni ada beberapa contoh baju yang aku sangat suka,and maybe idea jugak untuk baju pertunangan aku.

simple je tapi nampak sangat gorgeous



ini favourite aku..sangat mahu baju macam ni juga.

Tetiba gambar-gambar lain hilang..nanti aku cari and upload lagi ye..!



No comments:

Post a Comment