Blog khas yang menceritakan segala perjalanan serta persiapan untuk misi khas 2012 nanti.Segala pahit manis perjalanan misi khas 2012 akan di coretkan disini. hanya perempuan biasa-biasa bersama lelaki biasa-biasa tapi perjalanan yang luar biasa..mungkin..

Tuesday, December 27, 2011

cincin merisik punyer cerita

haih!ni hal cincin merisik plak..ok sebanarnya memang tak ada langsung plan nk ada cincin merisik sbb yg penting perbincangan antara family aku and en.kekasih je kan..tp...wah(nenek side ayah) nak jugak ada cincin merisik kata nyer macam xde adat plak..adeh!nk ikut adat ni lah aku malas..bkn sebab nak lupakan adat yelah..hidup sebagai org melayu ni memang kaya dengan adat kan tapi bagi aku pulak kalau boleh biarlah simple..buat yg wajib je dulu sebab lagi mustahak kan..so aku pun setuju je la..

kata ibu beli jelah cincin belah rotan yg murah2..tak payah nak mahal2..buat syarat je...haih!
ok2..pas dh discuss ngan en.kekasih,dia pun setuju..so tadi kami pun g la cari cincin utk merisik..hahahahahah..xmalukan g beli sama2..jap!sepatot nya cincin ni memang bakal suami yg g beli eh..xpyh org pempuan follow sekali..dah tue kalo cincin x muat camner?kan dh nanya..kalo boley otter x pe la,kne x ley nk otter...menanggis la ko!hahahhahaha..so aku dgn muka x malu pun g sama2 ngan en.kekasih pilih cincin merisik..masa beli cincin tunang,en.kekasih beli sendiri..suprise me ok!

korang mesti pelik kan..cincin tunang dh beli cincin merisik baru nak cari..haih!kan aku dh bgtau last minute nyer plan..heeeeeenk jadikan al-kisah,cincin tunang aku en.kekasih belikan white gold sebab aku memang suka white gold and xsuka gold tue..sebab macam makcik2 je..hahahahaha..xde la gurau je..tp cari punya cari xde pun cincin merisik white gold yg berkenan kat hati..

bhk jugak la kedai kitaorg kuar masuk sampai en.kekasih tanya

en.kekasih: cincin merisik tue pakai kejap je kan..nanti dh tunang pakai lg x?
aku: erm...ntah la..pakai boleh,xpakai pun boleh kot..
en.kekasih: cmnie..kite beli je cincin gold..pakai je semantara nak tunggu time tunang nanti..pastue ikut suka
                  nak pakai lagi ke x..sbb emas ni xde tarikh luput kan..
aku: ok!

hahahhaha..lawak jugak time en.kekasih cakap gold xde tarikh luput..haih!so..kitaorg pun decide cari cincin emas...and kami ikut nasihat ibu utk beli belah rotan je..memang x byk choice utk cincin belah rotan tapi disebabkan last minute plan..dan kami nak budget duit..(ceh!kami lah pasangan paling kedekut kn...)hahahhahaha..so kami pilih belah rotan..lama jugak pilih sampai penat kakak promoter tue melayan kitaorg..try byk giler cincin..lastly..alhamdullilah kami jumpe yg sesuai utk aku and yg penting en.kekasih setuju...sebab dia yg bayar!

ok..dah settle masalah cincin merisik..alhamdullilah....
read more "cincin merisik punyer cerita"

Wednesday, December 21, 2011

DIY goodie bag...

salam..heeeee..hari ni nak bg tutor sikit..cewah!ni atas permintaan As...heheheh..thank you As sebab sudi comment and bagi idea utk buat tutor ni..
ok..aku ni bukan pandai nk buat tutor tapi aku try ye..hehehehe..jom!ckp byk xgunakan,so enjoy my tutor...

Bahan yg WAJIB ada


step 1)


kembang kan paper bag 

step 2)

 -amik dolly paper td kan...


-pastue lipat 2...

-gunting lipatan td

-so sekarang dah ade 2 bahagian....

steps 3)

-gam kan dolly paper yg dah di potong tue

steps 4)

-lekatkan dolly paper yg dh di gam td kt paper bag

-layer by layer...

-yg last sekali paper dolly tue aku gam kan terus kn bahagian bawah paper bag...
and kat bahagian tepi tue..u all gunting kan or boleh jgk gamkan..

soooooo.......dah siap..tadaaaaaaaaaaaaa!





ha!senang je kan...so try la buat..korang ley guna apa2 paper bag..

good luck!

thank you!





read more "DIY goodie bag..."

10 Soalan Sebelum Bertunang


Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, 'dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin'.
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.
Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa', bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait  menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.
Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga.
Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chatting dan sebagainya.
Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.
Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya.
Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.
Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa' mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.
Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan  pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di  tempat suci dan terpencil.
Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.
10 soalan itu adalah:
1. Apakah wawasan hidupnya?
Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.
Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.
2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.
Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.
3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.
Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.
4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.
Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.
5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.
Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.
Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.
6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.
Orang macam mana yang anda cari?
7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.
Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.
8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.
9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.
Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.
Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.
10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.
Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.
Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.
Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?
Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.
Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.
Sumber Grafik: Budakli.com

read more "10 Soalan Sebelum Bertunang"

Tuesday, December 20, 2011

Mas Kahwin: Senaskah al-Quran


Apabila disebut tentang Mas Kahwin, kebanyakan wanita kini hanya memikirkan jumlah atau nilai wang yang ditetapkan untuk Mas Kahwin mereka. Kalau diikutkan, nilai Mas Kahwin berbeza mengikut negeri asal wanita yang ingin berkahwin.
Kadang-kadang tidak sampai ratusan ringgit. Namun pada trend kini, kebanyakan meletakkan Mas Kahwin mengikut kemahuan atau kemampuan pasangan masing-masing. Bukan apa, itu disimbolkan sebagai hadiah kepada wanita atas kesediaannya untuk menerima bakal suami untuk hidup bersama.
Sebagaimana firman Allah:
"Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu Mas Kahwin mereka." [Surah an-Nisa, Ayat 4]
Selain Mas Kahwin, ia juga disebut sebagai Mahar. Hukumnya adalah wajib. Pada zaman Rasulullah S.A.W dahulu Mas kahwin dibayar dengan berbagai cara iaitu rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya.
Namun, pada zaman kini masih lagi ada golongan yang mengamalkan cara bayaran Mas Kahwin seperti ini, akan tetapi sangat sedikit bilangannya. Sebenarnya apa yang ingin dibincangkan di sini ialah apakah hikmah memilih senaskah al-Quran sebagai Mahar kepada wanita yang bakal dikahwini.
Sabda Rasulullah S.A.W :
"Carilah untuk dijadikan Mas Kahwin walaupun sebentuk cincin yang dibuat daripada besi." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Sesuatu yang berguna dan berfaedah seperti wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat sangat dianjurkan oleh Islam untuk digunakan sebagai Mas Kahwin. Nyata, al-Quran adalah pilihan yang sangat terbaik sebagai Mas Kahwin kerana kandungan dan isi al-Quran mempunyai gudang ilmu yang sangat luas dan penuh manfaat.
Rasulullah juga pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tidak memiliki sesuatu apa pun untuk dijadikan Mas Kahwin, lalu Rasulullah bertanya kepada lelaki itu.
"Adakah pada engkau sedikit dari ayat-ayat Quran?" lelaki itu menyahut bahawa dia ada mengingati beberapa surat (ayat-ayat al-Quran), kemudian Rasulullah pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermas kahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isteri lelaki itu.
Lihat, mudah dan halus benar maksud Rasulullah. Banyak kebaikan yang kita dapat daripada ajaran Rasulullah S.A.W ini. Si isteri bukan sahaja dapat mempelajari ilmu Allah, malah dapat mempratikkan dan membacanya selalu dan apabila ilmu yang diberi diamalkan oleh orang lain, ternyata bertambahlah pahala si suami yang memberikan ilmu tersebut.
Antara hikmah senaskah al-Quran sebagai Mas Kahwin ialah:
1. Al-Quran lambang teragung dalam agama Islam dan pemberiannya kepada insan lain umpama satu penghargaan yang tidak ternilai kepada kitab suci tersebut. Malah takrif sesuatu perkahwinan itu dapat ditafsirkan melalui pemberian al-Quran sebagai lambang cinta sejati bersyariatkan agama kepada si isteri.
2. Dapat membawa keberkatan seandainya pasangan mengamalkan isi kandungan al-Quran dalam hidup berumahtangga bersama selepas diijabkabulkan.
3. Mendapat kebaikan dan pahala andai si isteri selalu membacanya, bukan sahaja si isteri malah suami yang memberi juga turut mendapat pahala hingga ke Akhirat.
4. Seperti yang kita tahu, emas juga ada kebaikan jika dijadikan sebagai Mas Kahwin iaitu sebagai pelaburan. Namun ia lebih bersifat material dan mungkin akan habis begitu sahaja di dunia. Namun ayat-ayat al-Quran tidak akan pernah habis dan berakhir walau dibaca berulang-ulang kali dan ayat al-Quran tersebut dapat diajarkan kepada anak, cucu-cicit hingga selama-lamanya.
5. Andai si suami telah meninggal dunia, seperti kita ketahui hanya amalan, anak yang soleh serta ilmu yang berguna sahaja dapat membantu di Akhirat kelak. Al-Quran yang diberi kepada isteri insya-Allah dapat memberi kemudahan dan ketenangan di sana.
Tiada apa yang dapat dilakukan oleh seorang isteri melainkan sentiasa berdoa dan melakukan amalan-amalan yang bermanfaat untuk suaminya yang telah meninggalkannya. Andai si isteri sentiasa membaca al-Quran yang diberikan oleh arwah suami sebagai Mas Kahwin, nescaya Allah akan memberi ganjaran yang berganda-ganda kepada roh suaminya.
Begitulah betapa besarnya hikmah memilih al-Quran sebagai Mas Kahwin. Kebaikan dan faedah yang dapat kita perolehi untuk membina sebuah keluarga bukanlah mengambil masa atau tempoh yang singkat, ia mengambil jangka masa yang panjang dan kita perlulah memandang lebih jauh untuk masa-masa akan datang.
Andai ingin kebahagiaan bukan sahaja di Dunia dan Akhirat, marilah menghargai ilmu Allah yang telah dikurniakan kepada kita. Apalah sangat hendak dibandingkan dengan kebahagiaan di dunia yang hanya sementara ini. Yang selalu kita nantikan ialah kehidupan abadi di Akhirat sana kelak iaitu sebenar-benar kehidupan abadi.
read more "Mas Kahwin: Senaskah al-Quran"

thank you tag nyer cerita lagi

heeeee..x habis lagi hal thank you tag ni..memula memang la nak buat thank you tag yg mcmnie
sebab dah di setuju oleh en.kekasih..and tetibe rasa cam over + malas plak nak mengunting2..hahahah..actually malas.sekarang nie nak buat benda2 yg senang and jimat masa yelah ada benda lain nak kene buat jugak kan..so aku pun tukar la jadi mcmnie
simple sgt ke??heeheheheh...ok la simple camnie je kot mybe i will do something nak buat lg menarik..tp dah rasa ok je ni sbb senang and simple..hahahah..ape la aku nie kan..xpe2..mlm nie nak try ubah2 sikit,buat yg mana boleh dulu..erm......


read more "thank you tag nyer cerita lagi"

goodie bags

seperti yang dijanjikan aku dah pun cuba menyiapkan sample utk goodie bag utk majlis aku nanti..
alhamdullilah..smlm jgk dapat siap kan..ceh!mcm lama sgt je nak buat kan..
jap2...kalo ade yg tertanya2 lagi goodie bag camner yang aku idam2kan ada dlm entri ni..
biase2 je tapi aku cam rasa best..
and smlm aku pun buat la 1 sample..and i ni hasil nya..



ok x..ok x....??
ok bhn2 yg aku guna kan 
1)paper bag..xkisah la colour apa pun jnji paper bag
2)dolly paper
3)gunting
4)gam...

tue je...then guna kan creativity utk jdikan mcm dlm pic diatas or boleh buat lg bagus dari pic kat atas ni
but aku still nak komen dari b2b or sapa2 je yg sudi utk bagi comment yg ikhlas..
heeee...

enjoy!
read more "goodie bags"

majlis merisik kak gmah

17 dec 2011
cousin paling close ngan aku. akhirnya dirisik..alhamdullilah.semua nya berjalan lancar walaupun aku xdapat nak hadirkan diri..tapi tgk pic2 dia kt fb..wah!majlis merisik sgt grand..and paling penting semua org happy...
oklah..meh jamu mata. dgn picture yg aku sempat rembat kt fb dia..hahahah...sorry kak gmah..
















yeay!and kak gmah akan bertunang the next day after my e-day..insyallah..happy for kak gmah...
read more "majlis merisik kak gmah"

ape?!lagi 2 BULAN je?????

ha!amik cepat nyer la masa nie berlalu kan...
sekejap je lagi 2 bln lagi majlis berlangsung..
mak ai..ape pun x siap lg ni...adoi!
camner nie.....??
???????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
??????
.
.
.
.
.
.
heeeeee..relax la..insyallah everything gonna be ok..
baju awl bln depan bru g buat sebab kata ibu tempah awal-awal nanti takot bdn aku tergemuk...haih!
brg hantaran plak mostly makanan so xpayah nak kelam kabut sgt beli awl2 kang aku sendiri yg mkn..hehehehehe..tapi semuanyer dah booking...
and insyallah bulan ni g beli kain utk persalinan time nikah sebagai salah 1 hantaran jugak..
alhamdullilah aku ada family yg byk membantu sebenarnya..
so xde la risau sgt..ok je..(ini tipu)
padahal hari-hari membising kat en.kekasih samapai dia pun naik semak pale dh..hahhahahahaah..cian..sabar je la ye..
and still believe less is more...
so insyallah everything gonna be ok..

read more "ape?!lagi 2 BULAN je?????"

thank you tag

haih..jenuh jugak nakcari thank you tag yg berkenan kt hati ni..sure la nak nampak cam cantik and creative kan..apa-apa pun kalo boleh nak yg fyi je..sebab lagi jimat walaupun penat.alah penat utk majlis sendiri kan so berbaloi ape..
ok jom jamu mata ngan thank you tag yg dh berjaya di google..heeeeee




byk lagi pilihan ade..and my thank you tag???hehehehehe..tunggu...baru print sikit tadi..curi2 print kat office..hahahah...teruk nyer...
read more "thank you tag"

Sunday, December 18, 2011

Pemakaian Cincin Mengikut Islam

“Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:
  • 1] jari manis
  • 2] jari kelingking (anak jari)
dan janganlah memakai pada jari
  • 1] jari tengah
  • 2] jari telunjuk
Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.
Perhatian: Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala.
Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:
“Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”
read more "Pemakaian Cincin Mengikut Islam"