Blog khas yang menceritakan segala perjalanan serta persiapan untuk misi khas 2012 nanti.Segala pahit manis perjalanan misi khas 2012 akan di coretkan disini. hanya perempuan biasa-biasa bersama lelaki biasa-biasa tapi perjalanan yang luar biasa..mungkin..

Saturday, March 10, 2012

merewang..

Merewang or rewang.
mesti ramai dah tau kan..merewang ni apa..bergotong royong untuk sesuatu majlis.terutama sakali majlis perkahwinan.zaman modenisasi sekarang ni amalan merewang dah kurang.pengalaman merewang aku tak banyak sebab aku dibesarkan di kota kuala lumpur.rasanya terlalu minoriti amalan rewang ni dibuat.tapi rasanya bagus jugak kalau di amalkan balik sebab terlalu banyak kebaikan dari rewang ni.dari rewang ni dapat memupuk semangat bergotong royong dan secara tak langsung dapat merapatkan lagi ikatan persaudaraan.
aku masih ingat lagi,amalam rewang yg keluarga aku buat masa majlis kahwin anak  makteh aku (kak long & kak ngah).rasanyer umur aku masa tue 8 or 9 tahun.saudara-mara baik sebalah keluarga aku mahupun keluarga sebelah pakteh bersama-sama bergotong-royong.3 hari sebelum majlis rumah makteh dah penuh.sampailah di hari majlis perkahwinan semuanya di uruskan saudara mara.haih!seronok masa tue.
tahun berganti tahun,ramai dari kita sekrang ni mungkin mahu meringankan kerja-kerja kahwin.mungkin sebab tue amalan rewang ni dah xde or berkurang.
tapi,sehinggalah tengahri tadi aku bersama hubby pergi majlis kahwin kakak kawan hubby.dari apa yg aku lihat amalan rewang masih lagi kuat disini(ipoh).reaksi aku???TERUJA!sebab rasanya dah lama aku tak pergi ke majlis kahwin yang ada rewang.kebanyakan majlis kahwin sekarang serah segalanya pada catering.dari pelamin sampai la hidang makanan,semuanya di buat oleh pihak catering.tapi tadi sangat seronok.semuanya di buat secara rewang.sanak saudara kawan hubby bersama-sama menguruskan majlis.bahagian paling aku suka,tempat basuh pingan and cawan.meriah!
kalau lah majlis aku nanti boleh buat rewang...haih!
and ade kompang!seronok..hubby plak banyak terangkn kat aku macam pasal amalan rewang ni.and aku amik kesempatan untuk request dari hubby untuk majlis sambut menantu please buat rewang..hahahha..melampau x?
so balik dari majlis..aku cerita pada ibu dan ayah.ibu ayah kata,untuk majlis kahwin aku nanti memang tak dapat untuk buat rewang sebab buat di dewan.ayah ibu akan tunaikan hasrat aku masa majlis bertunang yg tak lama je lagi..yeay!!insyallah aku dapat rasa sendiri macammane rewang tue then i will promise to update ok!kongsilah jugak pengalaman korang kalau ade yg berpengalaman merewang!

No comments:

Post a Comment